Sunday, February 8, 2009

WaTch oUt GiRlz..!

CIRI WANITA YANG LELAKI HINDARI

Katakan Tidak Kepada Bedak Sejuk!
Lelaki cukup tak syok tengok orang perempuan pakai bedak sejuk apabila keluar rumah. Tidak ada masalah jika mereka ingin menggunakan bedak sejuk di waktu malam di dalam rumah atas tujuan kecantikan kulit tetapi bukan untuk dilihat oleh orang awam.

Gedik, Getik!
Gedik atau getik ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada gadis-gadis yang bereaksi lebih emosi daripada yang sepatutnya. Contohnya, jika terdengar lawak jenaka, ketawa gadis ini akan mengilai-ngilai walaupun lawaknya tidaklah seberapa kelakar. Getik juga terjadi jika terlebih mengada dengan orang-orang lelaki di sekeliling. Bercakap dalam nada yang kuat dan manja-manja untuk mendapat perhatian orang sekeliling juga antara unsur si gedik.

Kurang Ajar, Tak Sopan!
Paling tak manis kalau perempuan tak sopan kepada sesiapa saja. Kalau baru ditegur sikit melenting, menjawab dan perkataan yang keluar dari mulut itu yang tak manis belaka, tak payahlah buat isteri. Lelaki sensitif kepada sikap wanita terhadap orang-orang tua, terutama sekali ahli keluarga.

Kebersihan Tidak Terjaga
Penampilan itu penting samada dalam kerjaya atau dalam mencari teman hidup. Tengok jari, kuku tidak dipotong dan tidak bersih, tengok kaki pun sama. Kalau badan tak tahu jaga, rumahtangga macamana? Pewangi dan deodoran jangan lupa untuk dipakai, rambut perlu didandan bersih dan kalau pakai tudung, rambut perlu dibasuh selalu jangan sampai aroma rambut masam keluar ikut liang roma tudung.

Jaguh Merajuk
Lelaki fahamlah orang perempuan memang suka merajuk tapi kalau setiap kali pergi dating kena habiskan masa pujuk memang leh fedup. Lelaki memang boleh memujuk tetapi kekerapan memujuk lebih daripada aktiviti lain akan menjadikan lelaki tawar hati.

Berpakaian Menjolok Mata
Tidak dinafikan orang lelaki suka melihat wanita tetapi bukan yang ingin dijadikan miliknya! Tidak kiralah apa pun alasan yang mereka beri, alasan itu adil atau tidak, tetapi yang jelas orang lelaki tidak gemar wanita yang berpakaian sehingga menjolok mata. Macamana nak bawa jumpa keluarga, jumpa teman-teman kalau pakai baju yang saya sendiri pun malu nak pandang. Walaupun tidak bertudung, pakaian perlulah sopan apabila berada di khalayak.

Bersifat Kasar
Wanita itu menarik kerana kelembutannya. Biarlah sifat kasar ni lelaki je yang ada. Gerak laku kasar seperti bercakap kasar, membuat kerja dengan kasar tidak digemari oleh kaum lelaki.

So, hati2 la sape yg ade ciri2 nie.. jangan sampai bf anda tetibe angkat kaki carik pompuan lain yerk..

No comments:

Post a Comment