Saturday, March 21, 2009

SeKadAr ReNunGan UnTuK SeJeNaK..

Di antara berita paling memalukan kita ialah terdapat 48,100 orang graduan Melayu yang masih menganggur. Apakah punca sebenar maka terjadinya perkara sebegini? Jika diteliti punca utama ialah lemahnya kesedaran graduan universiti bahawa zaman ini bukanlah zaman yang menjanjikan pekerjaan kepada setiap orang yang keluar dari kilang pengajian tinggi itu.

Punca kedua ialah mereka mempunyai sikap negatif terhadap pekerjaan yang tidak selaras dengan kelulusan mereka. Pekerjaan yang tidak setaraf dengan ijazah yang mereka miliki. Bagi golongan ini ijazah tidak lebih satu komoditi yang boleh dijual beli dan ditentukan harganya. Jika ganjaran yang ditawarkan rendah mereka akan menolaknya di atas beberapa alasan yang mereka cipta sendiri. Mereka rela tidak bekerja dari menerima imbuhan yang tidak berbaloi dengan kelulusan mereka. Jadi mereka memilih untuk menganggur dari mengisi masa yang berharga dengan memberi sumbangan kepada negara dan masyarakat.

Jika mereka masih berdegil dengan sikap buruk ini maka tidak apa yang dapat mereka lakukan selain dari mengeluh dan mengadu kepada orang lain betapa mereka gagal diberi peluang untuk menunjukkan kehebatan mereka di pentas dunia. Mereka akan menuding jari kepada orang lain dengan membuat tuduhan yang kurang berasas seperti seseorang itu akan mendapat pekerjaan jika orang itu mengenali orang lain yang berkuasa memberikan pekerjaan kepada orang itu.

Kita tidak menafikan perkara sebegitu ada berlaku tetapi berapa peratusannya? Jika semua orang mendapat pekerjaan kerana pertolongan `orang dalam' bayangkanlah apa akan terjadi. Tentulah pejabat itu akan penuh dengan pekerja dari kalangan saudara mara orang itu.

Para graduan harus berani menghadapi kenyataan bahawa hari ini orang bukan saja memandang kepada kelulusan akademik semata tetapi lebih jauh daripada itu. Pernahkah kita memeriksa diri sendiri dan melihat di mana kelemahan dan kekuatan diri kita. Jangan mudah berpuas hati dengan apa yang ada pada kita. Kita harus berani menimba ilmu yang diperlukan dalam alam pekerjaan.

Saya pernah mendengar seorang pakar pengurusan berkata yang kurang hanyalah jawatan tetapi bukan kerja. Jadi saya percaya yang dikejar oleh kebanyakan graduan Melayu ialah jawatan bukan kerja. Inilah punca pengangguran mereka. Jika mereka berusaha mencipta kerja, jawatan akan wujud secara automatik. Tapi sebaliknya jika mereka mengejar jawatan yang terhad penawarannya maka mereka akan kehilangan peluang untuk bekerja yang begitu luas bidangnya.

Mungkin mereka perlu lebih banyak membaca kerana di situ akan mereka temui orang-orang yang berjaya yang melakukan kerja di luar bidang mereka. Mereka mungkin tidak membaca berita seorang pakar bedah yang mengusahakan tanaman pisang, seorang jurutera yang mengusahakan ladang buah naga. Mereka perlu mendorong diri mereka sendiri kerana pihak kerajaan telah banyak memberi segala bantuan kepada mereka untuk keluar sebagai graduan.

Sudah tibalah masanya mereka keluar dari kepompong minda yang menyekat diri mereka sendiri dari menjadi seorang berjaya di dunia dan akhirat. Peganglah kata-kata Iqbal ini: Apa guna kita bermuram dan mengeluh kerana takdir. Kenapa kita tidak menjadi pencipta takdir itu sendiri.

Wednesday, March 18, 2009

NaK jAdi PeLaJaR CeMerLaNg??

PELAJAR CEMERLANG AKAN

Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

a). kita ingat 10% apa yang dibaca
b). kita ingat 20% apa yang didengar
c). kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
d). kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e). kita ingat 90% setelah dipraktikkan

1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan
2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu ( tidak termasuk kerja rumah )

3. Belajar dalam persekitaran kondusif
a). pastikan cahaya adalah terang
b). kurangkan gangguan bunyi
c). tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d). tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e). kerusi dan meja menghadap kiblatf). janagan lupa untuk senyum

4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan

5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan

6. Tahu teknik merangsang memori:
a). memasukkan maklumat dalan memori ( registration )
b). menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )
c). mengingat kembali ( recall )
d). menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )

7. Sentiasa awal dan mendahului
a). persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru
b). pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya
c). belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan

8. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar
9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru

10. Mempunyai teknik membaca yang betula). duduk dengan tegak & bernafas dengan betulb). membrika tumpuan sepanuhnyac). menggunakan jari telunjuk untuk membacad). menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas

12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan

13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih

14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji

15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biologicl clock ).

16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,selepas baca al-quran / zikir selepas riadah dan selepas berdoa

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa 80% selepas belajar )

18. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sbelum peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa

22. Tahu petua mengulang kaji
a). cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
b). siapkan semua ?bekalan? dengan sempurna
c). duduk tegak dikerusi yang selesa
d). baca doa penerang hati
e). baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
f). fikir dan ingat kembali isi utama
g). catat / lakar
h). semak semula ketepatan maklumat
i). ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
j). buat rumusan
k). jawab soalan
l). tampal maklumat yang rumit di dinding
m). baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa
a). jangan makan kepala ikan
b). jangan makan organ dalaman
c). jangan minum semasa makan
d). jangan minum atau makan makana yang tercemar oleh semut
e). jangan melihat kemaluan
f). jangan melihat buih
g). jangan membaca nama pada batu nisan
h). banyakkan makan makanan yang mengan dungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
i). banyakkan makan kismis, kurma dan madu
j). banyakkan makan kekacang
k). pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
l). jangan makan sehingga terlalu kenyang
m). jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat
a). tampal nota-nota penting di dinding
b). tukar perkataan, ayatb atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
c). gunakan kaedah akronim
d). reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
e). pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajara). mempunyai jadual belajarb). patuh kepada jadualc). buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar disaat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahjui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatka penyelesaian dari orang yang lebih arif

29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar

30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa

31. Membawa nota kemana-mana sahaja ( kecuali ke tandas )

32. Pelbagaikan tempat belajar

33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
a). taat kepada Allah
b). mendirikan sembahyang
c). menghormati kedua ibu bapa dan setiasa mendoakan mereka
d). hormati & sayangi gru
e). bersungguh-sungguh dal;am melakukan kerja untukmencapai kecemerlangan
f). suka pada setiap mata pelajaran yang disukai
g). membantu rakan yang memerlukan wow
h). berdoa dan bersyukur kepada Allah
i). sentiasa bertawakal
j). mahir dalam setiap mata pelajaranwah..tips yg mantap...

ErTi KebAhAgIaAn HaKiKi

BAHAGIA adalah suatu perkataan yang abstrak. Pengertiannya begitu luas dan relatif. Lantaran itu ramai manusia gagal mencari dan mengejar kebahagiaan. Mereka tidak mengerti apa itu bahagia dan di mana adanya bahagia. Keadaan ini menjadikan pentafsiran bahagia berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Semua orang mengejar kebahagiaan dan selalu bertanya bagaimana dapat menghabiskan waktu dengan penuh bahagia. Mengapa saya tidak bahagia?

Namun, tidak seorang pun mencapai kebahagiaan. Seorang fakir akan mengatakan bahawa bahagia itu terletak pada kekayaan. Orang sakit pula akan mengatakan bahagia akan dirasai apabila dia sihat. Orang yang terjerumus ke lembah dosa akan mengatakan berhenti daripada melakukan dosa itulah kebahagiaan. Manakala seorang penganjur kemerdekaan pula berpendapat bahawa kemerdekaan dan kecerdasan umat yang dipimpinnya itulah bahagia. Seorang penyair atau penulis sajak akan bahagia jika hasil karyanya menjadi hafalan orang. Seorang pengarang buku akan bahagia jika bukunya menjadi tatapan dan buah mulut orang.

Zaid bin Tsabit, ahli syair Rasulullah saw mengatakan jika pagi dan petang seseorang itu berjaya membebaskan diri dan dapat hidup dalam keadaan aman dan sentosa daripada gangguan manusia maka ia boleh dianggap seorang yang bahagia. Orang yang berpegang teguh kepada agama, kebahagiaan ialah meninggalkan perkara yang dilarang, mengikut yang disuruh, menjauhi yang jahat dan mendekati yang baik. Kebahagiaannya adalah mengerjakan suruhan agama semata-mata.

Ibn Khaldun pula berpendapat bahagia itu ialah tunduk dan patuh mengikut garis ketentuan Allah dan berperikemanusiaan. Imam Al Ghazali berpendapat bahagia dan kelazatan sejati ialah apabila kita dapat mengingati Allah. Manakala kesempurnaan bahagia itu bergantung kepada tiga kekuatan, iaitu kekuatan marah, kekuatan syahwat dan kekuatan ilmu. Tetapi kekuatan itu perlu diawasi agar ia tidak terlalu lebih dan tidak tersangat kurang.

Aristotle berpendapat bahagia bukanlah suatu perolehan untuk semua manusia. Corak kebahagiaan yang diperoleh seseorang pula berbeza-beza dan pelbagai ragam mengikut corak dan ragam orang yang mencarinya. Kadangkala sesuatu yang dipandang bahagia oleh seseorang itu tidak begitu dipentingkan pihak lain. Mengikut pandangan Aristotle, bahagia ialah suatu kesenangan yang dicapai setiap orang mengikut kehendak masing-masing. Dari keadaan ini dapatlah dikatakan kemahuan manusia yang tidak sama itulah yang menyebabkan kebahagiaan juga tidak dapat disamakan. Sebab itu adalah satu perbuatan yang boleh dianggap keterlaluan sekiranya kita memaksa seseorang supaya berasa bahagia seperti yang kita rasa bahagia.

Aristotle juga pernah berkata hidup bahagia itu ialah apabila seseorang dapat mempergunakan seluruh bakat dan kebolehan yang ada padanya. Apabila kita berjaya mengisikan masa kita dengan kerja yang wajar sama ada bercucuk tanam, mengarang, menyuap makanan kepada bayi dan sebagainya maka kita akan berasa bahagia selepas melaksanakan kerja itu. Jadi kebahagiaan adalah hasil daripada adanya aktiviti atau usaha seperti disifatkan Aristotle bahawa kebahagiaan itu laksana kemerahan di wajah yang cukup sihat.

Seandainya kita menumpukan seluruh perhatian kepada diri kita sahaja maka kita akan menjadi manusia yang mementingkan diri, fanatik dan selalunya berasa tidak puas hati terhadap hidup. Sebab itu lupakanlah diri kita dan isikan waktu dan aktiviti dengan persoalan orang ramai atau curahkan segala daya usaha kita dalam kerja atau kegiatan yang berbentuk kerjasama dengan rakan. Dengan perkataan lain, angkatkan diri kita daripada lembah nafsu syahwat dan soal titik bengik. Kemudian letakkan diri dengan kerja yang lebih mulia dan luhur. Ketika itulah kita dapat menoleh ke belakang dan mendapati diri kita bahagia.

Sementara itu amalan suka menangguh kerja hendaklah dielakkan. Setiap orang memerlukan masa releks yang banyak dalam mengharungi liku-liku hidup seharian. Mereka juga akan berasa senang apabila hidupnya tidak dikongkong. Mereka akan berasa bebas dan tidak tertekan sekiranya dapat melakukan kerja mengikut suka hati mereka sahaja. Sebab itu kita sering mendengar ungkapan tunggu dulu, biarkanlah dahulu, esoklah dan pelbagai lagi yang menggambarkan sikap kerja bertangguh dan tiada kesungguhan bekerja di kalangan masyarakat kita. Sesungguhnya amalan kerja bertangguh tidak harus ada dalam kotak fikiran orang beriman dan yang ingin maju serta mahu mencapai kebahagiaan baik di dunia lebih-lebih lagi di akhirat . Kerja bertangguh menggambarkan si pelakunya pemalas dan tidak optimis.

Bidalan Melayu banyak menggambarkan akibat yang menimpa seseorang yang suka menangguhkan kerjanya - tidak mementingkan masa. Di antaranya ialah: Kerja bertangguh tak menjadi, bertangguh itu mencuri masa, masa itu emas, masa itu lebih tajam daripada mata pedang dan lain-lain. Semua bidalan di atas jelas menggambarkan peri pentingnya masa. Allah juga benci kepada orang yang tidak mahu menggunakan masa dengan sebaik-baiknya.

Dalam Surah Al Asr Allah berfirman bermaksud: 'Demi masa! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran'. Daripada firman di atas, kita disuruh melakukan amalan soleh dan nasihat menasihati mengenai kebenaran dan kesabaran. Tetapi sebahagian besar manusia masih lalai dan cuai. Hidup mereka masih bergelumang dengan noda dan dosa. Keadaan ini bukan saja akan merugikan hidup kita di dunia malah di akhirat kelak kita akan menerima azab siksa yang pedih.

Hal yang sama dinyatakan Rasulullah dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Ibnu Omar berkata: Rasulullah telah memegang bahuku seraya bersabda: 'Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Jika engkau berada di waktu petang, jangan tunggu sampai pagi. Jika anda di waktu pagi, jangan tunggu sampai petang. Gunalah peluang masa sihat sebelum datang sakit. Dan gunalah peluang masa hidup sebelum tiba mati.' Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda: 'Rebutlah lima sebelum lima. Masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa kaya sebelum tiba masa miskin. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk dan masa hidup sebelum tiba masa mati.' Hadis di atas juga menyuruh kita menghargai masa dan menggunakan masa terluang yang keemasan itu sebaik-baiknya. Usahlah kita lalai dan cuai. Jangan tangguh kerja hari ini ke hari esok.

Sesungguhnya amalan menangguh kerja ini adalah sikap merugikan. Jika perkara yang ditangguh itu perkara dunia, kita mungkin akan menyesal sekiranya apa yang dicita-citakan itu tidak tercapai. Sekiranya perkara yang ditangguh itu perkara akhirat maka ia sudah tidak berguna untuk disesalkan lagi kerana masanya telah luput apabila ajal sudah menunggu. Sesungguhnya setiap yang hilang mungkin dijumpai kembali. Tetapi masa yang luput tidak dapat dikembalikan. Oleh itu, masa dapat dianggap perkara paling berharga berbanding segala apa yang dimiliki manusia.

Menyedari hakikat ini, setiap orang yang waras fikirannya akan menjauhi amalan menangguh kerja dan menyambut kedatangan hari-harinya sebagai sambutan seorang yang amat rakus terhadap harta kesayangannya. Muslim sejati amat sayangkan masanya kerana ia adalah umurnya. Jika ia biarkan masa berlalu dengan sia-sia dan membiarkan adat kebiasaan buruk seperti amalan kerja bertangguh menguasai dirinya, maka perbuatan itu seolah-olah membunuh diri sendiri. Oleh itu gunakan masa terluang dengan sepenuhnya dan bertekunlah menjalankan kerja yang diamanahkan walaupun kerja itu sedikit. Sesungguhnya kita tidak suka melihat amalan itu dibuat sekali-sekali (putus-putus) walau pun amalan itu besar rupanya. Amalan kecil jika dilakukan dengan tekun, lama kelamaan akan menjadi berat dan besar.

Satu faktor menyebabkan manusia suka mengamalkan sikap menangguh kerja ialah kerana mereka merasakan peluang bagi mereka untuk terus hidup di dunia ini masih panjang. Keadaan ini terjadi terutama bagi mereka yang belum menjangkau usia setengah abad. Oleh kerana ingatan kepada dunia terlalu kuat, ia terlupa mengira hari yang masih tinggal. Mereka leka, lena dan lalai daripada mengingati hari mati. Sesungguhnya nyawa manusia adalah reput dan pada bila-bila masa kita akan diragut maut. Oleh itu persiapkan diri dan bersedialah setiap masa untuk menghadapi maut agar kita pulang ke rahmatullah dengan bekalan cukup dan sempurna.

Friday, March 13, 2009

RaHsiA PeRanGai..

Tahu tak korang bahawa kedudukkan korang lam bilangan adik-beradik turut mencorakkan personaliti hidup korang.. Haa kat bawah ni aku senaraikan ciri-ciri atau perangai-perangai seseorang mengikut kiraan bilangan anak dalam jumlah adik beradik. Sama adanya ianya tepat atau pun tidak, korang nilailah sendiri. Yang pasti, semua ini ditulis berdasarkan cerita-cerita orang tua, dan pengalaman-pengalaman orang lama.. Of coz la alu ciplak drp internet tak kan aku cipta sndri plk..Aku search benda nie kt internet sbb aku nk tahu sgt2 nape setiap kali org jmpe aku mst diorg leh guess aku nie anak bongsu.. Mengikut perkiraan aku pe yg tertulis kt bwh nie mmg secocok r ngn aku huhu..Klu korg nk tau personaliti korg de kne mngene tak ngn kedudukan korg dlm adik beradik korg bace r kt bwh ni n then nilai la sndri k..

Anak Sulung

Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

+ anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego
+ sering berjaya dalam hidup
+ lebih pandai mengambil hati orang tua
+ mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi

Anak Tengah

Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

+ lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain
+ lebih percaya dengan keyakinan sendiri
+ suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri
+ sering merasakan diri mereka terpinggir
+ terlalu mengalah

Anak Bongsu

Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

+ happy go lucky dan yakin diri
+ manja
+ berkeinginan dan bercita-cita tinggi
+ sukar membuat keputusan sendiri

Anak Tunggal

Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

+ sering merasakan diri kesunyian
+ lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai
+ bijak bergaul
+ lebih cepat matang
+ rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat
+ sukar bertolak ansur dengan orang lain

Thursday, March 12, 2009

KeRisAuaN MeLanDa..

Sbnrnye x der idea nie nk tulis pe.. Tp tulis gk r ek t x usik2 plak blog aku nie.. Ermm korg x rse ke sem nie pendekkkk sgt.. Tup2 dah nk study week n then menjelang la final.. Dlm kepale otak nie mcm kosong je x der pape.. Nie yg wat risau ni.. Nk menghabiskan assgment, presentation pnyer la payah tp leh dok relex g tue.. pe da jd ngn aku ni ek. Kate risau tp tgn x gerak2 g wat assgnment. Dok main ym je la kejenyer.. Ish3.. Minggu lepas da la terpakse melepaskn peluang g ikot dak2 nie g jb.. Sumenyer sbb nk siap assgnment r nie.. X sangka tol aku sggup korban kn percutian 2 tok siapkn assgnment channel huhuhu baiknyer aku.. Tp x der rugi sgt coz dpt jmpe skandal skali huhu.. Kire smbl mnyelam mnum air r nie..haha

Haa mggu nie plak family aku sume g jb coz cousin aku si boy 2 tunang.. Ai da nk tunang da ko yerk mude lg da tunang.. x pdn ngn playboy.. Aku rse2 mcm nk g tp malaz lak coz si boy 2 dlu pnh d kenen2 kn ngn aku.. Mst sdh t tgk die da tunang.. Ermm x yh g r.. G pn byk assgment.. Jelez plak si mama 2 blek mlke.. Ai tgh2 byk assgment ni pon nk blek gak ker mama oi..hehe.. Aku ni ha x tau g blek ble.. Yg aku bengang nie ade modul plak 4hb dpn.. Dah la abg aku nk tunang 5hb tue.. Alamatnye dpt blek ari jela.. Geram tol.. Npe la die tunang time tue plak.. Ngah klimak tue coz time tu la byk test,present,nk anta report.. Aii da nasib.. Xpe aku blek gak r.. T kck lak ati abg aku n bkl kak ipar aku 2..hehe.. K r da kehabisan idea nk ckp pe nie.. T ade idea post lg la yerk.. Tata